Followers

Tuesday, May 31, 2011

Assalamualaikum,



korunk suka ta kalo ada org suka cakap besau?
ta kesah la dlm segi apa pon?
suka ta? suka ta? suka ta?

jujur ya,
aku ta suka kalo ada org cakap besa nie
pasaan jd cm meluat pon ada
esp kalo cm kita nie lemah
n die gelak gelak n siap perkecil kecilkan kita
g bertambah geram
*marah marah*

bukan sekali dua penah kena ngn membe cmni
byk kali wey
makan dalam aku
aku ta phm
dorunk wat cmtu ta ase ke ape yg aku ase sume??

bila aku la na wat cmtu
aku jd serba salah wey
yo la kang kot kawan makan dalam ke
kan kan kan
ustaz penah kata
kalo kita ada wat salah kat org ke
just minta maaf
buang ego suma
dosa kat Allah kita bole mintak ampun
dosa ngn manusia??
kita yg berhak mintak maaf
*ada sinar keinsafan*
haha

tade la,aku ckp ney
sebab aku ta suka ada kwn2 aku
kdg suka ckp besa
aku penakot
kdg soh teman dorunk suka kata tade pape la
tue la
nie la
adoii susahh ckp ngn org yg ta fhm pasaan org yg tak kuat nie


kdg na nangesh je
kdg soh teman toilet,ada la kata
sya g tade pape pon
mang la,
ce try kena sket,,
br taw langit tggi rendah

mak aku cukup pantang kalo anak anak die ckp besa n perlekeh org
aisshhhh,,
ta sukala,,
kdg benda tue idea kita
then ada org lekeh lekeh
dats y org melayu tak maju
mentality cmni la wat org melayu takoot na bersuara
ce tengok bngsa len
kalo na luahkan pndapat
ada dorunk lekehkan??
ta kan.

penat aku loteh loteh sini
len na tulis
len yg kua
hangin sgt ngn org cenggini,,

pape pon
hope ta terlambat g tuk wish

SELAMAT DATANG KE UITM PP

oohh lupa na gtw
kemasukan br bermula
n sume dialu alukan
intake kali nie dianggarkan dlm 3ooo sumtink
n semestinya aku jd

PEMBANTU MAHASISWA

ya,,garang beb garang

nie ada sket pic
t aku citer g sal dorunk2 nie,,
k siap na blah masok kelas lec ensem ,,
aummm,,hahahahaha

tyme MDS

dr hp anas

biro pendaftaran


dr kolej intan tgkt 8

budak budak riadah

grg2 aku pon bergaya gak,,hahaha


pssttt : lalalalalala aku moody sbb aku abc,,hahaha

Monday, May 30, 2011

JODOHKU


assalamualaikum

artikel nie aku amek dr fb

sekadar na berkongci ngn korunk,,

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan
menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun
kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah
Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a
minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest
of your life to forget your love ones.

Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses
kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.
Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain
kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan
sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai
cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang
kemudiannya mungkin cinta sejati ……

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin
pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa
cinta sejati kita hanyalah pada Ilahil …… Namun aku bersyukur
kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan
insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang
padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa
cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat
bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku
kenang selamanya.

Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia
dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang
insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku
ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

“Saya cabar awak.”
“Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar,
which means in this three months time. It’s just a challenge. If you
aren’t dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me
so much.. Well, what would you say?”

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-
benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut
cabaranku – kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad
nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia
menyentuhku, talak jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku.
Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku.
Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan
menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang
dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka
memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar,
suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan
cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku
mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku
tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya
insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada
keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan
diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan
formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia
bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, “Yes sir!” atau “No
Sir!” dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut
namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan
kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika
sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku.
Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam
subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma
bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada
saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial,
dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang
menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya.
Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan
tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang
mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan
perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun
dibiar, akhirnya ‘nanah’ itu pecah lalu terluahlah segala kebencian.
Malam persembahan kebudayaan Malaysia – Bali menjadi saksi kebencian
kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling
mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya
menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala
cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami
menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di
khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari ‘bahagiaku’ menjelang.
Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-
henti aku menguntum senyum ‘bahagia’. Pastilah, sebentar nanti aku
akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-
rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum
senyum, aku sayu.

Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah
aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu.
Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada
interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut,
mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di
dapur dan aku di hadapan televisyen ….. Aku menjalani kehidupan
yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian
bersama ‘suamiku’. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat
walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami
menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak
mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku
dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang
tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku
menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap
badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala
aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak
menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan
sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku
terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas
badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur
di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku
panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku
berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga
helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan
disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan
gambarajah … Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5.
Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan,
makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i’ll fetch you. I’m half
day today. So then, take care. Again, sorry.
-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis,
meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan
sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu
segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak
mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke
Glasgow .

Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan
alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian
mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat
menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga
ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan
Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-
adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai
giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba,
dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh.
Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang.
Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia
berbisik, “Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak
bahagia.”

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras
mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan,
aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan
menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya.
Namun hatiku benar-benar pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti,
sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor
Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih.

“Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan
membenci awak.” Sir, i hate you. I have to since i realized that i’ve
fallen into you the second you call out my name years ago and i can’t
believed it. “Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi
Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya
bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak
untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas
kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan
saya. Tapi saya tak layak untuk awak!” Aku teresak. “I’m sorry i love
you sir. But i’m so sorry i can’t love you. Take care.”

************ ********* *****
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati
hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf,
dia sudah berubah, juga minta ku kembali padanya. Maaf, hatiku bukan
lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran.
Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga
sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru.
Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin ku sedari betapa ku
merinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim
luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan.
Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam!
Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi
kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

“Langsung tak berubah, suka mengelamun.”

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang ku rindui
itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

“Ikut saya.” Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu
masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku.
Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

“Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti.
Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula.”

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak
selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. “Aisyah, awak tahu tak
saya dah lama sayangkan awak?”
“Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa
bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab
itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah
saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci
saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut.
Tapi lain pula jadinya.” Aku tergamam dengan penjelasannya.

“Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah
cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak
jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya
terhadap awak.” Dia berhenti.

“Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak,
memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak
rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan
awak, saya nak awak jadi isteri saya semula.”

Matanya bergenang. “Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya
tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok
awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok
awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah
sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu.”

Terdengar esakan.. “Aisyah, i need you, i love you so much. I can’t
be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your
real husband again?”

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air
mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-
katanya.

“Aisyah, yes or no?” Lamunanku tersentak. “Yes sir! I do!”

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia
kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan
Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa
kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia
membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku
sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua
berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha
memperolehinya ….. Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang
disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan
cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu,
Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

“Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your
help.”
“Yes sir!!”

Saturday, May 14, 2011

SELAMAT HARI GURU CIKGU !

Assalamualaikum readers :)
ok mungkin agak awl sary aku tulis
alahhh sary je ponn awalnye,,kecoh la lu beb !
selamat hari guru cekgu !
ceyhhh,,tbe tbe kenangan tyme sekola mengusik jiwa,,

ingt lagi,cekgu pertama aku yg ajar aku sape
yg semestinya mak kita kan
die ajar kita jln sume
tp disebalik mak
ada CIKGU yg amat bermakna

Dia ajar tadika,
putih orgnye,aku ngt g nama dia cikgu Rohana
minta maaf kalo slh,,
tyme tadika wey bdn aku GEMOK sgt!
kdg org ejek aku sbb fzikal aku ta nmpk cm umo aku 6 thun
ada gak wey org buli,,hahaha,,jahat kan dorunk
n ngt cekgu tuuee la yg sentiasa tlg aku :)
pehtu kan wey ada ari mewarna
ya sudah semestinya kami dak tadika wajib amek bahagian
aku nie wey,tgn pengkaq la kalo org penang kata
buruk beno aku kaler
ada ke kera kot aku kalo bontooot die wana merah
sume cekgu n parents glk kat aku je
aisshhh malu diot
seb tyme tue kecik g,tataw ase malu ape hahahhahaa

pehtu waktu aku drjah 1 sume
aku ta bape ngt la,,soory sgt :(
tp aku ngt la cekgu febdi,isteri die cekgu hanim
sume suka pakat aku,,hahahha
cekgu cekgu sekola kafa
sume bek,,ada je puji aku bc quran sedap,,
kembang disitu :)

then aku umo 10 tahun yakni aku darjah 4
aku ikot ayh aku balik semenanjung
da dok lama lama kat sabah watpe
ayh aku da abeh keje,pencen kan
tyme nie aku da cordik dah hee
kire ngt la lagi cekgu
tyme nie aku ngt g cekgu malek
die ajar m3,die sukaaa pgl aku FAIEZNUR MISKIN

mula mula besa ja
tp disebabkan aku kenal mamat nie
die umo setahun tua dr aku
suka mai uma kazen aku dok men taw tak
bule 1 ari tu die tulis guna kapur kat meja aku
tyme rehat tyme tue
die tulis ni 

miskin awat tak kaya kaya
*nyanyi guna ton spider gosok*

tyme tue femes lagu gosok tue kann
aku nek dr katinn tgk ats meja tue
menangesh aku!
kojaq,aku taw sapa buat
then cikgu MD RADZI la yg pjuk
die soh sapa tah pgl AZWA kat kelas
soh jmpk cekgu
pehtu abeh r kena mrh
ho la,,azwa tue pengawas cek oii
dok wat pangai g,,hahaha
strt situ die tak ejek dh aku!

mula mula pelik la awat la cekgu malek dok pgl aku gelaran miskin
sebb aku miskin ke
upenye sebab nama aku kan FAIEZNUR
dulu kakak JEHAN MISKIN gimnastik negara n nama die sama ngn nama aku
tue la cekgu malek dok kata kat aku,,hahahaha

sek ren ase die tak sma cm sekola rendah
sbb sek ren kita kecik g kan
soo cekgu lyn pon cm dak dak la
haa g 1 ngt g cekgu rosli
die suka pekena aku,,dok kata aku awek die langt g die pgl aku kaunseling
beb aku kecik kecik dh kena kaunseling
otai ta??
mesty tertanya tanya kes apa aku buat
hahahahaha

tade dlu sek ren aku scndal ngn sorg nie
1 skola taw
tmbh lak dak tue hottss kot
*hot ke??*
asal aku p mana je
sume tanya *romeo mana??
dats y kena pgl kaunseling
sbb cekgu nak aku blajaq
alahh cekgu rileks beb!
sy suke suke je tyme tue
dak dak katakan,,ta baligh g,,hahaha
berkat cekgu tamo aku tersasar rslt upsr aku 5 A beb!
tengs cekgu :)

nek skola men
ya aku sentiasa ngt waktu tue :)
kalo tak mesty skunk aku mlnjutkan pljrn kat jordan or mesir
tp........ lpakan

waktu form 1
aku ditwrkan sekola agama ok !
jgn pndg ku sebelah mata
nmpk je otai tp sekola agama beb!
tdg labuh sume da siap wey
then aku dpt twrn mrsm pdrm
na tamo??
berkira2
aku nak p mrsm sbb cekgu selaloo kata mrsm sebelah kaki dah jmin msok u
aku pkr ms depannn

tp p gak r kan dftr sekola agama
kot la msok situ sebulan then ley dpt balik wet
tp ta ley,kira kalo aku na tumpang pon
wet yuran tetap kena byq penoh 
n lastly aku plh mrsm :)

disinilah segalanya bermula
cekgu sini sume ok
kat mrsm ada sitem homeroom
kalo kat sbp aku tataw la ada ke tak
tp mrsm mang ada
die cm family la
dlm 12 pelajar then sorg cekgu jg
f1 smpai f3 aku dpt ustaz ramli
die nie bek,lembut je
selaloo la mak aku mntak tlg die bwk kua wet la
tp dlm f3 tue g 3 bulan kot ustaz pindah
gnti ngn sir izwan

dlu aku men ren jd exco bm taw
sooo kena la pgl cekgu bm
tyme tue cekgu salmiah hassan ajaq
vogue wey die
umoq 50 lbeh pon tp menten je!
aku nie lak jns kalo tugas aku akan wat yg terbek
supaya anggapan or harapan org kat aku kukuh
kire aku takoot org hlg kepercayaan kat aku la

so 5 mnt b4 tyme bm aku lari dh cr cekgu salmiah
even dlm toilet sekali,,ahahhaha
mang die kata dlm byk2 anak murid
aku la plllggg byk tlg die
yela p kls die berlenggang
aku yg bwk segala buku sume
kdg aku lalu je sume die,,hahahahhahaha

g sorg cekgu yg apat ngn aku tyme men ren cekgu nafsiah
sebabb ape aku ase sbb aku exco sejrh f3
haaa c?? tgk tue exco lagi beb !
cekgu nie bek sgt n smpi f5 la die ngt aku
even die da ta ajr aku kan,,syg cekgu !
dats y i loiikeee sejarah :)

jeng jeng jeng,
nek f4,aku ase plg mncbr r,,huuhhh
smpai kan pointer aku 2 pointer je wey
yola ada bio,fizik n chem
sumpa otak aku ta ley msok yg nie sume,,soryy aku bkn otak sains!

tp cekgu berusaha gak tlg aku,,
aku ngt g antara byk byk cekgu yg tak jemu jemu tlg
cekgu norma,,die ajar +m3 wey
aku ckp tol la
aku mnt tp aku tak dpt wat tw add m3 tue
smpaikan penah aku dpt 8 je test
siot kan,,huuuuu

pdhal dlu wey f4 aku tere gak r
tp sebab aku selaloo kutuk cekgu tue
n mgkin btol reda allah terletak pd reda cekgu
kalo die mrh,die tak halalkan mang fail la
aku menyesal wey!
tyme f5 cekgu norma la yg bertungkus lumus wat kls gnti la
sekali ngn tcer wan,,mang bole kata ary2 sat kelas gnti
tambah tambah cekgu norma la
aku kan sett die
cian cekgu
n finally spm +m3 dpt B
kalo dr dlu balaja mesty bole a kan?


sama gak la
cekgu asleenda ng azlinda
hahahaha,,kompiuss mula mula 
cekgu ass ajar chem
sumpa ta fhm aku apa chem tue
tp setiap kali ajar mesty nampk kesabran terserlah kat muka cekgu asleenda
plgg aku ngt kalo esey wat ayt psl atomic mass sume tue
cekgu as nie die cm remaja sket
mang njoy
n suka bergelak ktawa n kongc cter
sat2 adala cter sal die ngn huby die
sweet kot

cekgu azlinda lak ajar bio
mang best la
die lebeyh ke arah keibuan
aku ngt g adzfar die penah kata tye exm ritu die ta ley jwb
tp ngt balik cekgu azlinda ckp yg ibrt mak pesan kat anak
bole gak die jwb
hahahahahah

dr kiri ckgu azlinda,om,ckgu asleenda n aku

n palinnng aku syg cekgu nie,cekgu sejrah
nama die cekgu jamsiah
aku tataw nape tapi aku syg die
die lembut je
suka bg nsht
org kata mka die cm pikah budin hahahahha
syg lahh cekgu ni

cumel tak? cikgu jamsiah,,last pic amek last ESG before spm

mak homroom aku tyme f4 n f5
cekgu hanis,muda g
br kahwin,sweet
kdg cian kat cekgu hanis,ada je kes dsplin
kena msok jdm wey
*jemaah disiplin maktab*
die suka belanja,,
kitorg byk rncg nak sana situ tp ta kesampaian


sama gak aku syg warden yg 5 ton jg kitorg blok 5
cikgu siti khadijah
even die grg n suka wt benda yg tak terjangkau
tp die bek sgt
bg nsht
jg kitorg cm ank sndr
aku taw nape cekgu ska mrh mrh kami sbb die nak km jd ank yg baik
esp kitorg gurls die ta nak kitorg rosak
n rzki die jg kitorg 5 thun,thn last tue elok je kitorg abeh spm
cekgu pon pindah mrsm trolak
syg cekgu :)

yg bertudung labuh tue yea warden kitorg,diambil tyme jamuan perpisahan blok 5,last ngn ckgu khadijah

cekgu roslaini
cekgu terbaik :)
die nie mang sorg ibu
aku ngt aku test 1 tah cmne sengal tak sengal aku dpt 40 je wey
n lowest dlm form
tepok tgn skit
n dipampang kat jabatan bahasa ok result
malu tak
hahhahahahahahaha,,
cekgu roslaini la yg sebuk tanya kenapa aku cmni
n berkat die ajr,aku skunk tersenyum sbb aku agak mahir la bab bab penulisan,,ceyhhhh

sama tinggi tak?? wedges je tue,,hahahha


paliiinnngg tak lpa cekgu azizan
penyelaras f5 kitorg akar sejarah
die berusaha buktikan kat sume cekgu batch kitorg terbaik n batch marking
terimna ksh cekgu!
n she cn remember all her student nmes :)
terbaik la :)


penyelaras kami,,makan cikgu :)

fuhhh aceli byk g tp aku ta larat na taip dh
overall,aku na wt dedication to alll teachers
tak kira penah ajar or tak aku
sume cekgu seluruh malaysia
esp la TADIKA KEM KABOTA TAWAU SABAH
SEK KEM KABOTA TAWAU SABAH
SK SG ACHEH NIBONG TEBAL
SMK SG ACHEH
MRSM PDRM
cekgu cekgu sekalian amat bermkna dlm hdoop sy
terima ksh cekgu!
buat sy berjaya smpai peringkat ni!
n penat lelah cekgu tak dpt sy byr dgn wang ringgit

*tak mampu na ucap dgn perkataan bahawa mulianya aty cekgu cekgu*

* pic cekgu sekola ren tade :( soryy *